Minggu, 16 Maret 2014

Penipuan Bayaran Konsert K Pop – Jawapan Khairy Jamaluddin

0 komentar

Dakwaan bahawa wujud penipuan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sebelum ini mendakwa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu dijawab Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Berkenaan kenyataan KBS pada tahun lalu bahawa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta berkenaan, Khairy menjelaskan bahawa KBS sebenarnya terpaksa menanggung jumlah itu selepas syarikat swasta yang berjanji mahu membayar kos konsert berkenaan gagal membuat pembayaran.

“Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,” katanya di sini hari ini.


Menurut Khairy, walaupun perkara itu berlaku ketika beliau belum mengetuai kementerian berkenaan, namun atas prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility, maka beliau memilih untuk menjelaskan dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian itu.

Untuk rekod, Menteri yang bertanggungjawab ketika isu konsert K-pop berkenaan adalah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah Khairy, tidak akan ada lagi sebarang konsert K-pop sempena sambutan Hari Belia bermula tahun ini.


Dalam pada itu, mengenai kes tuntutan kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia di mana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) telahpun menjalankan siasatan dan ia telah sampai peringkat terakhir.
Read more ►

Selasa, 04 Maret 2014

Ustaz Azam sedia pikul tanggungjawab – Buatlah pilihan tepat

0 komentar

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 23 Okt 2013
JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.

Beliau turut merasakan tanggungjawab tersebut adalah cukup berat dan besar apatah lagi untuk meneruskan kemenangan PAS selama lima penggal.

"Saya cukup terharu apabila diberi amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili PAS pada PRK kali ini.

"Ini merupakan satu amanah yang cukup berat untuk saya laksanakan apatah lagi untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal.

"Namun tanggungjawab ini akan saya laksanakan sepenuh bagi memastikan segala amanah dan legasi Allahyarham Ustaz Azizan dapat kita teruskan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yakin amanah yang diberikan itu bukan hanya dilakukan olehnya seorang diri tetapi turut dibantu oleh jentera parti serta penyokong peringkat kawasan serta seluruh negara.

"Walaupun amanah ini cukup berat tetapi saya yakin saya tidak keseorangan, saya dibantu oleh seluruh jentera sama ada PAS mahupun dari rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Sokongan dan dukungan khususnya dari saudara mara dan rakan taulan serta pelajar saya, maka saya pasti kemenangan ini dapat dikekalkan," kata beliau.

Azam memberitahu tapak yang didirikan oleh Allahyarham Ustaz Azizan sudah pun dibina oleh kepimpinan sebelum ini.

Justeru, ujarnya sesiapa yang memenangi Dun Sungai Limau ini akan meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya.

"Allahyarham Ustaz Azizan telah melaksanakan tanggungjawab pemimpin sebelum ini, selama lima penggal beliau berkhidmat dan sebagai asas untuk tidak menghampakan kerja-kerja beliau sebelum ini.

"Saya akan bekerja keras untuk memastikan pada 4 November nanti PAS terus menguasai Dun Sungai Limau.

"Saya menyeru seluruh pengundi yang berada dalam Dun ini atau di luar dapat membuat pilihan tepat supaya apa yang dilakukan oleh Azizan dapat kita teruskan," sambung beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai.
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Cico Harahap – ‘Saya Tengah Kutip Tin

0 komentar

SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian.

Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.

Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.

Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

“Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin”

“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah,” ujarnya.


Oh, begitu ceritanya ya. Tak mengapalah. Dia bukannya berparti liar, tapi tengah bekerja. Anggap saja tin yang dipegangnya itu ialah tin kosong yang dikutipnya di bar itu.

Bak kata orang, fikir positif sajalah.

Oleh: ELZA 

(Sumber asal: Rotikaya)
Read more ►
 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger