Rabu, 01 Januari 2014

Benarkah Wanita Suka Apabila Di Peluk !

Lelaki sebenarnya tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, manakala bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih dalam.


Gambar hiasan

Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan. Bagi anda yang asing dan tak biasa dipeluk mahupun memeluk, mungkin anda perlukan sedikit tips.

Belai dengan lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya dan renunglah matanya.

Mengapa wanita suka dipeluk?

Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan sebagai ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Dalam urusan cinta, pelukan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Pelukan memberi makna yang dalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana pelukan ini memberikan maksud yang mendalam.

Mengapa anda harus memeluk

Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikal dan emosi, anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa kebaikan dengan sebab pelukan. Satu penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka. Oksitosin dilepaskan dari otak anda yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stres. Nah, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan. Bagi pasangan suami isteri cubalah teknik ini. Ustaz-ustaz juga ada mengatakan bahawa suami yang suka memeluk isteri, umur mereka akan lebih panjang.

Selain itu, kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psikologi, tetapi dari segi psikologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda, jangan lupa ucap kata-kata cinta dan sayang pada insan bergelar isteri

[Sumber]

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger