skip to main |
skip to sidebar
Browse »
Home »
Posts filed under bumi
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana dan berakhirnya dunia ini? Entah benar atau tidak ini hanyalah jangkaan manusia sahajaPara Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4. |
| Diramalkan Semua planet seakan-akan berbaris pada 23,24 dan 25 nanti |
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.Semasa kejadian ini berlaku pihak NASA menasihatkan, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu tanpa mengira apa kepercayaan yang dianuti oleh seseorang. Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Kita sebagai umat Islam percaya Kiamat itu pasti berlaku, tetapi bila berlaku? ianya urusan Allah. kita tunggu dan lihat sahaja nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 itu, Ini hanyalah jangkaan atau ramalan manusia sahaja tidak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. |
| Selama 3 hari itu diramalkan tiada lagi sebarang cahaya yang menerangi bumi . . . |
Menurut sesetengah saintis lagi fenomena ini tidak akan memberi kesan yang besar kepada alam semesta, Fenomena ini hanyalah fenomena biasa sahaja. |
| Beginilah gambaran ahli saintis kedudukan planet termasuk bumi pada 23,24 dan 25 |
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…Assalamualaikum…
Read more ►
Cape Canaveral: Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.Panjang 140 meter Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT).
Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.
“Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.
Laju 41,843 kilometer sejam
Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox. Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu.
Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.
Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit.
Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.REUTERS
Read more ►