Jumat, 28 Februari 2014

Bermalam Dengan Mayat Rakan

0 komentar
Mayat Rakan

KUALA KRAI – Seorang lelaki warga Thailand terpaksa ikat seluar rakannya yang mati lemas dengan tali pengikat bot bagi mengelakkan mangsa hanyut dibawa arus selepas bot mereka terbalik di Sungai Kelantan, dekat sini, malam kelmarin.
Malah, lelaki terbabit, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya, Rosadee Korlaeh, juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.
Rosdi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin ketika mereka keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.
Katanya, dia yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.
“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali tarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.
“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.
Rosdi berkata, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.
“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. – Sinar Harian Online
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Mayat 3 Wanita Dalam Plastik Sampah

0 komentar
Mayat

CLEVELAND TIMUR – Pihak berkuasa yang menemui mayat tiga wanita di dalam beg sampah di kawasan kejiranan berpendapatan rendah di sini mengakhiri pencarian mereka tanpa menemui mangsa lain.
Polis menggeledah kawasan itu selepas menerima aduan bau busuk daripada penduduk tempatan.
Seorang pesalah seks berdaftar kini ditahan berhubung penemuan ngeri itu.
Ketua polis Cleveland Timur, Ralph Spotts memberi amaran bahawa satu atau dua lagi mangsa mungkin ditemui semalam tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Penemuan tersebut merupakan kes wanita hilang terbaharu yang berlaku di bandar ini.
Pada awal tahun ini, tiga wanita telah dibebaskan selepas mereka ditahan di sebuah rumah selama bertahun-tahun.
Spotts berkata, suspek kes bunuh itu berusia 35 tahun dan dikenali sebagai Michael Madison.
Menurutnya, polis menemui mayat seorang wanita di dalam sebuah garaj pada Jumaat lalu dengan dua lagi mangsa dijumpai keesokan harinya.
Mayat kedua berada di belakang sebuah rumah manakala mangsa ketiga ditemui di bilik bawah tanah sebuah rumah kosong di sini.
Ketiga-tiga mayat wanita itu ditemui selang 182 meter. Polis percaya mereka dibunuh dalam tempoh enam hingga 10 hari lepas.
Kata Spotts, polis tidak pasti sama ada terdapat beberapa mangsa lain selepas menyoal siasat suspek.
“Dia tidak memberitahu sama ada terdapat mangsa- mangsa lain tetapi dia tidak pula menafikannya,” ujar Spotts.
Operasi mencari mangsa semalam melibatkan pihak polis yang menggeledah 40 buah rumah kosong.
Semua mayat itu sudah mula mereput dengan masa beberapa hari diperlukan untuk jabatan forensik mengenal pasti identiti mangsa dan sama ada mereka telah dirogol sebelum dibunuh.
Madison didaftar sebagai pesalah seks pada tahun 2002 apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana cubaan rogol.
Dia juga mempunyai sabitan terdahulu pada tahun 2000 dan 2001 berkaitan kes dadah. – AP
Read more ►
 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger