Rabu, 05 Maret 2014

Karpal Ugut Saman Jika ROS Gagal Iktiraf CEC


GEORGETOWN – Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya badan itu gagal mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan bulan lepas.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, parti telah mengadakan pemilihan semula CEC seperti diarahkan ROS dan badan itu patut mengiktirafnya.

“Jika mereka (ROS) terus mengangggu parti selepas pemilihan semula CEC, dengan itu kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas ROS,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC dalam Kongres Khas parti pada 29 September di Kuala Lumpur selepas diarah berbuat demikian oleh ROS.

Karpal Singh berkata, pemilihan baharu itu sepatutnya diterima oleh ROS kerana malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji DAP mengadakannya yang boleh dilihat sebagai petanda parti itu telah buat perkara betul. – BERNAMA


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger