Kamis, 13 Maret 2014

Seluar Dalam Atasi Masalah Bau Kentut


Berita baik untuk anda yang tidak dapat menahan diri daripada buang angin!

Kini anda boleh kentut dengan yakin tanpa risau aroma yang tertinjauan mengganggu orang sekeliling apabila sejenis seluar dalam yang dapat menyerap bau dicipta dan dipasarkan untuk kegunaan harian.

Mengandungi sebatian kimia Zorflex yang biasa digunakan untuk mengtinjauankan sut perang, pencipta seluar dalam yang dikenali sebagai Shreddies mendakwa ia mampu menyerap hingga 200 kali bau yang biasa ‘dilepaskan’ oleh manusia.

Material karbon itu dikatakan kembali aktif meskipun selepas seluar dalam berkenaan dicuci.

Menurut jurucakap Shreddies, jualan seluar dalam ini mungkin mencetuskan reaksi berbeza namun ia terbukti dapat membantu mereka yang menghadapi masalah tidak dapat menahan untuk membuang angin disebabkan perut kembung, salah makan dan sebagainya.

Bagaimanapun pada masa sama, syarikatnya percaya ia merupakan ciptaan yang sesuai untuk semua orang memandangkan kentut merupakan perbuatan lumrah setiap manusia. – REM RAMZI

Sumber: METRO UK


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger