Rabu, 01 Januari 2014

Polis Kanibal bunuh isteri buat menu makan malam

0 komentar
  Rabu, 06 Februari 2013 
Foto: Orange
Foto: Orange
NEW YORKSeorang polis  di New York, Amerika Syarikat   dituduh melakukan penculikan dan pembunuhan isterinya sendiri. Dia juga dituduh memasak dan menjadikan isterinya sebagai menu makan malamnya.  

Polis bernama Gilberto Valle, digelar sebagai “polisi kanibal”. Ia diyakini telah menyimpan identiti dari 100 wanita yang akan ia perkosa, bunuh, dan dimasak untuk makan malam di hari Thanksgiving. Demikian diberitakan Mirror, Rabu (6/2/2013).

Polis  berusia 28 tahun ini berbicara di internet mengenai memakan daging gadis-gadis. Ia mengaku kepada teman chatingnya  yang dia sedang berada di India bersama isterinya.

Valle pun mengaku kalau daging isterinya memiliki kualiti yang rendah kerana isterinya itu adalah seorang vegetarian.

Valle, dituduh dengan kesalahan penculikan dan dapat dihukum seumur hidup jika ia terbukti bersalah. Salah satu peguamnya mengatakan bahawa dia hanya berfantasi dan tidak bermaksud menyakiti orang lain.
(faj)
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

Staf pejabat KEADILAN disiasat polis isu PATI jadi pengundi BN

0 komentar

(Oleh Norutul Ilham)
PETALING JAYA 30 Ogos: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Tropicana, dekat sini jam 3.00 petang ini.
Mengesahkan perkara tersebut, Sharifah memberitahu, sebab dia dipanggil kerana beliau merupakan penghantar email jemputan media berhubung pendedahan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkenaan proses pemutihan 6P, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, jemputan media itu dihantar kepada pengamal media bertarikh 15 Ogos tahun lalu bagi memaklumkan sidang media akan diadakan pada keesokan harinya di Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya.

Katanya, keterangan beliau itu akan dicatat oleh pegawai daripada Balai Polis Shah Alam.
“Saya terima panggilan daripada pegawai Balai Polis Shah Alam, Seksyen 9, semalam yang mengkehendaki saya hadir memberikan keterangan  petang ini. Jadi saya minta mengambil keterangan saya di Balai Polis Tropicana sahaja.
“Saya akan ditemani Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Berhubung pendedahan proses pemutihan 6P, Zuraida dalam sidang medianya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menunjukkan bukti surat sumpah yang diberikan kepada PATI.
Mereka dikehendaki melafazkan sumpah berbunyi, “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”
“Saya…(nama PATI) dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”.
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”,” tulis surat itu lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Kisah Sedih Balu Pegawai Polis Suaminya Dibunuh Di Malam Ulang Tahun Perkahwinan Mereka!

0 komentar
rosiah


SUBANG JAYA – Rosiah Dahlan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya bagi mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23.
Namun, dia tidak tahu suaminya tidak akan membaca mesej tersebut apabila beliau telah dibunuh oleh pengganas Sulu.
Rosiah, 52, seorang juruaudit, berkata kali terakhir dia bercakap dengan suaminya Supt Ibrahim Lebar, kira-kira pukul 2.00 petang pada 2 Mac, sambil menambah ia adalah perbualan yang baik dan menggembirakan.
“Saya perlu mendengar suara suami saya setiap hari. Saya menelefonnya pada pukul 2 petang dan kami berbual pendek. Kemudian dia berkata mahu bercakap dengan anak bongsu kami tetapi akan menelefon semula pada pukul 8 malam.
“Kami menunggu panggilannya tetapi menjelang tengah malam yang masuk tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-23, saya tidak boleh menunggu lagi dan hanya menghantar SMS mengucapkan selamat hari ulang tahun. Tetapi tiada jawapan. Itulah saat-saat buruk dan menakutkan saya.
“Kemudian, saya mendapat tahu bahawa beliau tidak lagi hidup pada masa saya menghantar SMS,” katanya ketika ditemui di rumahnya di USJ 9 di sini.
Rosiah berkata dia amat sedih sepanjang hari selepas mendengar berita kematian suaminya di Semporna pada 2 Mac.
Supt Ibrahim, 52, dan lima anggota polis lain terbunuh dalam serangan hendap.
Rosiah menerima kematian suaminya sebagai takdir.
“Anak-anak menjadi kekuatan saya. Mereka tahu berapa banyak saya sayangkan suami saya dan bagaimana rapat dan kukuhnya hubungan kami.
“Saya juga perlu kuat untuk mereka. Sokongan besar diterima daripada keluarga, rakan-rakan, polis dan kerajaan telah membantu kami melalui masa yang sukar ini,” katanya.
Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berusia antara 17 dan 22 tahun.
Anak sulung, Amirul Shafiq, 22, sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pemasaran di UiTM, Segamat, manakala Amira Shahira, 20, belajar perubatan di Universiti Kaherah di Mesir.
Anak bongsu, Amira Shadida, dijadualkan menduduki SPM tahun ini.
Rosiah berkata dia dan anak-anaknya bangga Supt Ibrahim dan rakan-rakan lain yang terkorban telah diangkat sebagai Wira Negara.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin dan beberapa pemimpin Puteri Umno peringkat bahagian melawat Rosiah di kediamannya.
Mereka mengucapkan takziah sebelum menyerahkan sumbangan wang tunai untuk pendidikan anak-anak.- The Star
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

Polis wajar membantu bukan halang DAP

0 komentar

Harakahdaily, 22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: DAP menyatakan pendirian menyokong penuh Himpunan Blackout 505 yang kan berlangsung di Padang Merbok petang ini.

Dalam satu kenyataan media yang dihantar DAP Malaysia petang semalam, mereka menyifatkan himpunan itu sebagai tanggungjawab rakyat membantah proses PRU 13 yang kotor dan tidak adil.

"DAP melihat hak berhimpun juga merupakan hak asasi dan pihak polis sepatutnya membantu dan bukannya menghalang ekspresi kebebasan rakyat ini.

"Semua anggota serta ahli DAP digalakkan memakai baju hitam dan turut serta membanjiri himpunan yang penuh bermakna ini," kenyataan itu dipetik.

Dalam kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa tempat berkumpul untuk ahli-ahli DAP adalah di Jalan Sultan berhadapan Hotel Lok Ann bermula dari pukul 12 tengah hari.
Read more ►
 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger