Senin, 10 Maret 2014

Lelaki Sembelih Dan Hirup Darah Anak Sendiri Depan Mertua Di Lahad Datu

0 komentar


Lahad Datu – “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. – Harian Metro

Read more ►

Rabu, 26 Februari 2014

Dicekup Berasmara Dalam Kereta Depan Masjid

0 komentar




Putrajaya – Sepasang kekasih memberi alasan cuma berborak kosong ketika dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dataran Putra berhampiran Masjid Putra di sini, malam tadi.

Pasangan muda yang juga pelajar universiti tempatan itu ditangkap ketika sedang asyik memadu kasih di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid berkenaan.
Ketika ditahan, didapati pelajar lelaki berkenaan sedang berbaring di atas peha pasangannya.

Pasangan itu kemudiannya diarah keluar sebelum diminta menyerahkan pengenalan diri masing-masing.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah-wilayah Persekutuan Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengurangkan masalah gejala sosial terutamanya di kalangan muda-mudi di kawasan sekitar Putrajaya.

Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka sepatutnya menghormati masjid sebagai tempat beribadat, bukannya memadu asmara sehingga memburukkan pemandangan di sekitarnya.

“Mana-mana pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai akan didakwa di bawah Akta 559 Wilayah-wilayah Persekutuan 1957, menurut sumber myMetro.

“Mereka akan diberi notis supaya hadir ke bahagian penguatkuasa pada waktu yang ditetapkan dan sekiranya ia gagal dipatuhi, satu waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Agama Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini.

(Dipetik: http://siemens-melayumaju.blogspot.com/)
Read more ►
 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger