Sabtu, 28 Desember 2013

Lelaki Berkerusi Roda Letupkan Bom Di China

Lelaki Berkerusi Roda Letupkan Bom Buatan Sendiri

SEORANG lelaki yang berkerusi roda meletupkan bom buatan sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam, namun letupan itu hanya mencederakan dirinya sendiri.
Menurut laporan media tempatan, Jo Zhongxing dari Shandong, berusia 34 tahun kini mendapatkan rawatan lanjut ekoran kecederaannya.
Letupan itu berlaku di Terminal 3 lapangan terbang berkenaan menyebabkan suasana cemas dan keliru orang ramai. Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.
Seorang Pakar Polisi Antarabangsa China, Stephanie Kleine-Ahlbrandt yang ketika kejadian berada di lokasi kejadian memaklukan kejadian berkenaan menerusi akaun Twitternya.
Menurut tweetnya, dia berkata “Letupan besar berlaku, suasana cemas, keliru dan lokasi dipenuhi asap dan habuk,”
Dia turut memuatnaik gambar menunujukkan seorang anggota polis wanita China mengarahkan orang ramai menjauhi lokasi kejadian yang diselubungi asap yang memenuhi ruang terminal itu.
Merujuk laporan agensi berita Xinhua, letupan berlaku kira-kira pukul 6.24 petang waktu tempatan. Sehingga kini pihak polis masih giat menjalankan siasatan.
Menurut polis, siasatan awal mendapati Ji meletupkan bom dengan menggunakan peledak selepas dihalang daripada terus mengedarkan sejenis risalah.
Sehingga kini usaha Xinhua untuk mendapatkan maklumat dari polis dan pihak lapangan terbang masih gagal.
Sistem keselamatan di lapangan terbang itu, yang keenam paling sibuk di duni dengan 557,000 pesawat berlepas setiap tahun diperketatkan kerana jumlah penumpang yang menggunakannya terlalu ramai.
Lapangan terbang itu, dengan tiga terminal menjalani proses pengubahsuaian pada temasya Sukan Olimpik 2008.
Jenayah keganasan terlalu rendah dan jarang berlaku di China dengan kadar 1.0 untuk 100,000 orang pada 2010 menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara yang paling rendah di dunia.- Sumber AFP
BeijingLetupan02
OLEH : IBNU K


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger