KUALA LUMPUR – Dua individu yang mempersenda Ramadan dijangka hadir ke pejabat penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Isnin bagi memberi keterangan.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee telah dipanggil untuk dirakamkan kenyataan dan membantu siasatan.
Kedua-dua mereka sebelum ini memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
“Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.
Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.
“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.
“Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian,” katanya.- BERNAMA
(Baca – ” Saya Hanya Nak Buat Kelakar…,” Kata Alvin Tan)
(Baca – Melampau!!! Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi!)
(Baca – Melampau!!! Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi!)
0 komentar:
Posting Komentar