Rabu, 01 Januari 2014

Ainan Tasneem Masuk Pasaran Indonesia


Ainan Tasneem Masuk Pasaran Indonesia
WOW!!! Kelas uols! Lagu popular dan best Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem Ridzuan (20) dah masuk pasaran Indonesia tau! Ye laa.. bukan senang nak tembus pasaran sana. Tambah pulak Ainan yang comel tu masih baru dalam bidang ni. Syukur.. Itu semua dah rezeki kan… Ini diakui sendiri oleh Mahathir pengurus promosi Music Valley Malaysia (MVM).
Cerita Mahathir:
“Pihak MVM mula mengesan bakat Ainan melalui lagu-lagu nyanyiannya di laman youtube. Pandai bermain gitar dan mencipta lagu sendiri adalah kelebihan yang jarang ada pada penyanyi remaja seperti dia.
“Syukur.. lagu Aku Suka Dia mendapat sambutan bagus di stesen radio dan peminatnya. Ini satu perkembangan yang baik bagi penyanyi baru seperti Ainan.
“Nak tahu, lagu ini pun dah masuk pasaran Indonesia. Setakat ini pihak kami mendapat feedback positif daripada pihak sana. Harap-harap peminat di sana suka.
“Tak lama lagi, Ainan akan muncul dengan single terbaru berjudul 150 Juta. Lagu ciptaannya sendiri ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.”
Haa… Manakala Ainan juga berpuas hati lagunya diterima baik peminat.
AINAN: “Sebenarnya saya dah cipta banyak lagu. Saya jadikan lagu Aku Suka Dia ni sebagai single pertama kerana sesuai dengan jiwa remaja. Lagu ini mengisahkan seorang gadis yang pada mulanya memendam rasa cinta pada seorang lelaki. Jadi dia luahkan rasa cintanya itu.”
Wah… Kisah cinta sendiri ke tu? Hehe… Ainan masih belajar di Universiti Malaysia Perlis dalam ijazah Kejuruteraan Bio Proses. Nak tahu, Ainan ni sekarang sedang bahagia dengan pakwe tercintanya. Mangga doakan Ainan terus berjaya tau! – Mangga


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger