Rabu, 01 Januari 2014

MyCC diarah siasat cubaan mengehadkan penjualan tiket bas

18/06/2013 12:44pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diarahkan untuk menyiasat cubaan mengehadkan pengeluaran dan memanipulasi pasaran tiket bas menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan itu ekoran ugutan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menggantung penjualan tiket sekiranya permintaan untuk menaikkan tambang tidak dipenuhi.

"Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, pakatan dan ugutan oleh ahli-ahli PMBOA ini boleh dilihat sebagai satu cubaan untuk menghadkan pengeluaran tiket dan seterusnya memanipulasi pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akbar selepas melakukan lawatan ke ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di sini hari ini.
Tegas beliau, kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak 10 peratus daripada perolehan syarikat. - KOSMO!

 kosmo.com.my


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger