Rabu, 01 Januari 2014

Astronomi Ukraine Ramal Kiamat 26 Ogos 2032


SEBELUM ini, ramalan kaum Maya mengenai kemusnahan dunia dan bumi pada 20 Disember 2012 ternyata salah dan silap sama sekali.

Malah, pihak penerbitan Hollywood turut membikin filem 2012 yang mengisahkan kepercayaan kaum tersebut berhubung isu terbabit.

Baru-baru ini, pakar astronomi dari Ukraine pula tampil dengan ramalan mengatakan tanggal 26 Ogos 2032 merupakan tarikh baru kiamat akan melanda.

Ini kerana mereka dikatakan telah menemui asteroid yang boleh memusnahkan bumi dengan kuasa 2,500 bom nuklear pada tarikh tersebut.

Sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya percaya kepada ramalan yang dibuat oleh manusia kerana hari kiamat merupakan rahsia Allah SWT yang tidak boleh dirungkaikan oleh sesiapa pun termasuklah daripada golongan cerdik pandai mengenai sains dan ilmu agama.

Oleh: AUDREY LEE


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Kate terbaru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger